+ Bilik Kebal yg dah x kebal 
 

~ Tipahvogue Vol 1 ~
~ Tipahvogue Vol 2 ~


+ Do mail me at:
- tipahvogue@gmail.com



 
     
 
  + Lagu Pebret  
 

 
     
 
  + Bukutamu  
   
     
 
  + Sembang  
   
     
 
  + Geng  
  +Kroni+
Abg Ipar Achu Madulebah Langsat Mya Sepai Sempoii Purbe Attokz Mat Jan Poad Zhoulsz Mariah Zaida Kifly98

+Opismet+
Eita Sipar Orang Da'a Su Ayud Ali Mikail
+Idola+
Mak Andeh D'Arkampoo Sri Diah Kak Melah Kak Maya Cs Dona Sultanmuzaffar

+Respek+
Tok Rimau Wkdin Uncle EP MBA Abg Idham Kakngah Bluehikari Pak Wattan Tn Hj Supar Tokei Pajak Meertaro

+Adik2 Tercayang+
Shah Din Ardy Kurekuresakti Nixk Ezwan Abrar Dik El Mely Atoibolan Eisha Nildz4 Ana Yaabbana Afxzal PuteraKL Zuraien Zurie Cempakabiru Masy Pinat

+Akak2 Tercayang+
Kak Cassia Kak Ros Kak Zar Kak Melor Kak Adk Kak Aten Kak G Kak Ungkunor Kak Nina Kak Seri Kak Wynn Mommy Hazel Kak Akira Kak Nis Kak Ayaka

+Geng Geju+
Walinongsari Mushroomcute Mawar Cik Nana Net Amyz Yadziz OP Syati Salji Basrie ND Gnela Bajonz Nile Cill Khalil Ct_cute Lan E-1 Bandar Sepi Emma Spyz Ayares151 Mydinz Burn Cik Daun Mar Mie@Nordin Fajar Lenz Nazmi Pika Superdiman Salji DoBot Elmaaniq

+Blogger+
Pek Thong Banai Suriram Amrod Ady Bluheppo Edi Liza Syeikh Adnil Mykelisa Paichowan Aku^Ok Zuril Cik_embun Baecomot Ditri Cik Digha Na@bubble Zalwa Nurul Strawberryz Budakbunian June Zen Lapan Petz Kerepek Ubi Strawberryz1 Carriekirana Shuq Ucuwan Ija Ebliss Anoi Yui Dex Cik Lina Heldamelissa Rere Sifu Wizurai Acidmaisya Rosy Sangap Sabre Me Pdayos Rza Tulip Kema Edaleeja Hishh Haiza Embam Rem Koopai Babyberry Lil-Inaz Nonie Pee Bee Budak Sekolah Kak Shay Bukhari Cik Lina Ernisuhana Hisah Telortembakol

+Selalu jenguk+
Kawan karib Tuan Alang Faizal Andak Akutakreti Abg Mike Abg Apai Abg Leman Ap Laili Kelambu Dahlia Wunan Jubeiz Aku Pendeta Chenta Arcahijau En. Samsudin Khal/EDM Ayah Walids
 
     
 
  + Arkib  
 
 
     
 
  + Komuniti  
  geng jurnal
circles tipah
yahoo group tipah
circles jobat
circles futsal
friendscircle opisku
 
     
 
  + Papan Notis  
 

Kepahitan adalah nafas untuk setiap perjalanan!!!

Tic Tac Pah
 
     
 
  + Link Pebret  
   
     
 
  "...cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai..."  
     
online

 
 

Monday, February 27, 2006




Pa pe jek la ek?!?


Hahahaha...Pepagi Isnin dah buat aku rasa nak gelak guling2 kat opis nih. Mana taknya, bila baca komen dari 'Dia' maha tahu buatkan aku rasa kelakar yang teramat. Komen dia boleh jadi entry wooh!! Cayalah!!! Setuju gak dengan cadangan si yuhu supaya 'Dia maha tahu create satu blog khas untuk mengutuk aku [eh, bukan kutuk, tapi teguran katanya lah!] Amacam? Sapa setuju, angkat tangan \o/ !!!! Ihiksssss...

Aku maleh dah nak balas-membalas statement. Terpulang la orang nak kata apa pun kat aku, nak kutuk aku ke, nak mengata aku ke, whateverlah! Ikut suka atilah! Kalau itu yang membuatkan dia rasa bahagia, senang hati dan seronok, proceed jek la. Teruskanlah memberi teguran untuk aku. Insya Allah, aku terima seadanya.

As I said before, aku dan juga semua umat manusia dalam dunia ni tak perfect, ada kelebihan dan ada kekurangan. Kalau kekurangan aku tu, orang lain tak boleh terima, aku tak boleh nak paksa. Aku tak pernah mengaku yang aku nih baik, aku tak pernah mengaku yang aku nih besh [tapi aku slalu ngaku aku nih comei...muahahahaha..giler pasan!], tapi dalam tak ngaku tu pon, ada gak yang tak puas ati ngan aku. Isk! Apalah daya aku lagi ek!!

Tapi aku minta tolong sesangat kat 'Dia' maha tahu dan juga readers yang lelain, tolong la jangan kutuk kengkawan aku [e.g. Mya] dalam blog aku nih! Dia tak bersalah pon, naper mesti nak hentam dia plak dalam blog aku nih hah! Cukup2 la hentam aku jek [eh, bukan hentam, tapi teguran..ihiksss], aku boleh terima lagi. Tapi kalo kengkawan aku pon diheret sama, aku memang tak boleh terima! Memang tak logik, tak leh diterima akal. So, suka la aku nak ingatkan kat semua, INI BLOG AKU, APA2 AJER YANG KOANG NAK KOMEN/KUTUK/MENGATA, SILA TUJUKAN UNTUK AKU SEORANG SAHAJA! TOLONG JANGAN LIBATKAN ORANG LAIN DALAM INI BLOG!!! Hah, kalo tak paham bahser lagi, tatawu la aku nak cakap apa dah! Ihikssss....

Dah la, maleh dah aku nak meraban tak tentu hala. Banyak lagi masalah yang aku nak kena fikir dan setelkan. Sumernye berlonggok atas bahu aku nih hah!

Kepada pembaca blog aku yang budiman, kalau ada yang tak puas ati kat aku ke, nyampah kat aku ke, mencik kat aku ke, koang komen jek la sesuka ati koang. Yang mana baik dan boleh aku perbetulkan, Insya Allah aku ikut. Ikut suka ati koang la nak taip apa pon kat blog aku nih hah! Selagi aku boleh bertahan, selagi tu la aku akan terus menaip kat sini. Kalau dah sampai satu peringkat nanti yang memaksa untuk aku menutup blog nih, Insya Allah aku tutup. So far, aku dah nampak 'lampu kuning' dari B, entah bila nak kuar 'lampu merah' pun tatawu la. Hahahahaha...Tunggu dan lihat sajalah ek!!!

Nota kaki berbulu: Makin saket plak pala nih bila asek fikirkan memacam hal yang berlaku di dalam dan di luar negara! Cam PM lak asernya! Ada kena-mengena ngan aku kah?!?! Wargh kah kah kah....*Pening*


Friday, February 24, 2006




Terharu...


Aku nih sensitif oangnye! Cepat terasa kalo ada samting yang terkena ngan batang idung aku yang mancung nih hah!

Mya selalu cakap/taip kat message board, 'mende centu pon nak terharu ke?'. Muahahahaha...Contoh terbaik - bila dia wat entry pasal kes semalam tu. Sesungguhnya aku terharu taw! Isk!! :D

Hahahahaha...

Semalam, cam bese, seblom tido, sure berburak2 ngan B dolu. Sebelum letak tipon, B telah kuarkan ayat yang cukup mengharukan aku.

"Dalam radio Era, selalu lepas dewang bitaw pasal waktu solat, ada motivasi dari Datuk Dr. Fadzillah Kamsah. Dia cakap, untuk menjadikan sebuah perhubungan antara suami/isteri bahagia berkekalan, sebelum tidur, si suami kena maafkan segala kesalahan si isteri agar si isteri terampun dosanya dan tempatnya di syurga nanti." [ekceli..aku lupo ayat B, tapi aku agak2 lebih kurang ceni gak la kot..ihiksss]

.....conversation seterusnya cukup mengharukan aku sampai aku nak tidur pon tak lena dibuatnya. Huhuhuhu...Toche B!

Sebelum nih pon, ada sorang hamba Allah [aku dah lupo sapa dia] pernah pesan kat aku, sebelum tidur, kalau nak jiwa tenang, hati tenteram, maafkan semua kesalahan2 orang2 yang berada disekeliling kita.

Semalam buat aku terfikir, aku kecewa dengan sikap segelintir kawan2 aku, tapi kalau aku terus berdendam, jiwa aku sendiri takkan aman tenteram. Jadinya, sedikit sebanyak apa yang B dan hamba Allah tu cakap, terkesan dalam pemikiran aku dan buatkan aku rasa bersalah sangat2.

Ada sesapa tengok Melodi last Sunday ari tu, yang dewang temuramah To'Ki pasal kes 'Bapak segala penjenayah' tu. Aku terharu [terharu lagi!!] bila dengar To'Ki cakap yang dia maafkan umat yang fitnah dia tu dunia dan akhirat, dia tanak tuntut apa2 pun. Bagus btoi To'Ki nih. Ikhlas atau tidak statement dia tu, terpulang pada dia la. Cuma aku kagum giler dengan statement tu, payah nak jumpa orang kuarkan statement centu taw!

Conclusion-nya, walau apa pon kengkawan aku dah buat kat aku, kutuk aku ke, mengata aku ke, hina aku ke, dengki kat aku ke, aku maafkan dewang sumer!! Aku ampunkan dosa dewang dunia dan akhirat. Semalam aku baru prektis memaafkan sumer oang! Hasilnya - hari nih aku bangun pagi dengan rasa yang cukup excited dan hepi, tak sesabo nak gi keje! Alhamdulillah....

So, kepada Dia yang Maha Tahu dan SEKADARPESANAN, koang tak yah susah2 ati, koang tak yah nak mintak maaf kat aku lagi dah sebab aku dah maafkan koang! Semoga Tuhan merahmati kehidupan korang dunia dan akhirat, Insya Allah.

Kepada readers yang lelain, cuba2 la korang amalkan memaafkan semua orang yang koang kenali seblom koang tido, Insya Allah, tenang ati koang nanti.

Nota kaki berbulu: Aku bukan insan yang cukup baik untuk menasihati orang lain, tapi aku ingin berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang aku perolehi dari orang lain, itu jek.





Bersangka-sangka...


Masuk opis pepagi nih, check mailbox opis, dapat email dari tuan rumah yg aku menyewa skang. Tertarik dengan email dia, jadi aku copy and paste email tersebut kat sini, ditujukan khas untuk manusia2 diluar sana yang suka hidup dalam dengki, keji dan busuk hati. Hahahahaha...

Manusia hari ini suka sangka-sangka. Ada sangkaan baik. Ada sangkaan buruk.

Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina).
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka buruk. Orang buruk disangka baik.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.

Mana tahu yg diam itu kerana berzikir kepada Allah swt.
Mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yg masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
Mana tahu yg ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Jauhi sikap suka bersangka2 kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api. Satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

-=source: unknown=-


.......Kalau aku rajin, lepas lunch kang, aku update entry lain! Nak sambung check email japs! Bos tade ari nih, leh guyang2 kaki. Yiiieeeehaaa...!!!

Nota kaki berbulu: B, tak ilang lagi rasa terharu nih!! Isk!!!


Thursday, February 23, 2006




Dengki bangetkah?


Aku terharu nih!! Mya buat entry pasal aku lagi. Tapi kali nih entry dia pasal orang yang dengki kat aku! Huhuhuhu...Toche Mya! Terharu banget sih!! Uhukss..uhukss..uhukss..

Kalau nak ikut kes kena kutuk dengan readers blog aku nih, dari dulu lagi aku dah kena. Rasanya dah banyak kali sangat aku buat entry mengamuk pasal oang kutuk aku, kan? [Sesapa yang baca archive dari mula, taw la kot!]

Pernah gak ada readers yang kutuk aku kat tagboard. Kutuk gila2 beb! Yang tukang backingnye, Mak Andeh, Abg Unag dan beberapa blogger yang aku kenal rapat. Terharu giler aku time tu! Terharu sebab ada orang yang tolong backing.

Kekadang aku tak paham dengan sifat manusia nih, tak boleh ke nak doakan kebahagiaan orang lain? Kenapa nak memperleceh dan memperlekehkan seseorang? Dengki sangat ke bila tengok orang lain nak kecapi bahagia?

Yang paling penting, aku ada kacau hidup korang ke dengan entry2 aku nih? Kalau tak suka baca apa yang aku tulis, tak yah la baca! That's it!! Tak payah nak susah2 taip komen kutuk aku pelbagai! Eii...sungguh aku tak paham la dengan perangai manusia2 nih!!!

Aku taw, lately nih, komen2 dari stranger yg dok kutuk aku nih, adalah kawan2 aku juga. Bukti teramat kukuh ada pada aku! Tapi aku maleh jek nak cakap sapa gerangan orang tu! Aku pon heran, aku ada usik dia ke, aku ada kacau dia ke, aku ada ngutuk dia ke pon? Ntahlah...Biarlah! Tuhan tu Maha Adil. Jangan ingat 'DIA'maha tahu dan sekadarpesan tu tahu sesangat pasal aku!! Suatu hari nanti, Tuhan akan tunjukkan kebenarannya gak! Biarlah! Aku serahkan bulat2 pada Tuhan untuk memberikan ganjaran yang setimpal. Malas aku nak cari gaduh kat dunia nih. Mukan dapat pekdah pon!

Setaw aku la kan, selalunya orang yang dengki kat kita nih, sebab kita dah dapat mengatasi satu step 'lebih baik' dari dia. Sebab tu la dia dengki! Sebab tu dia tak puas hati! Hahahahaha. Dan yang lagi besh, selalunya, orang dengki nih, dewang akan dengki kat orang2 yang glamer jek! Aku glamer kah??? Hahahahaha...Glamer dalam dunia aku sendiri la kot! Contoh terbaik, tengok la Siti Nurhaliza, tak pepasal dapat email layang bebukan sampai naik court!

So, pasnih kalo ada orang dengki ngan aku lagi, koang pepaham sendiwi la ek!! Tu tandanya dia tak puas ati kat aku sebab aku besh dari dia la tu! Muahahahaha. Tak pon sebab aku glamer, jadinye, dia tak puas ati ngan aku! Hahahahaha. Nih baru la dinamakan riak!!!

Hehehehe...puas ati aku yang tengah bergelora nih!!!

Nota kaki berbulu: Untuk 2-3 ari akan datang nih, mungkin sifat semulajadi aku berubah sikit kot!! Berubah kerana terpaksa!!! Maafkan aku....


Wednesday, February 22, 2006




Kena tag lagi


Aku sebenarnya bz teramat lately nih. Bz keje, bz personal prob dan segala macam mak nenek bz lagi la. Aku dapat taw yang aku kena tag nih pon dari Mya, katanya Aicomei telah men'tag' aku dan Mya. Hehehehe...Toche Ai!! Sebagai tidak menghampakan Ai, nih aku nak menyebarkan virus tagging2 nih.

Tag of 4


4 Jobs:-

1) Personal Assistant to Dato' Hj. Nadzam at Tan Chong Motor Holdings for almost 4 years
2) Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) at Kementerian Pendidikan Malaysia for 6 months only [duduk dalam pool, tak besh btoi!]
3) Secretary to Mr. Michael at Naza Motor Trading for 6 months [dapat big bos gila!]
4) Admin Assistant to En. Jo yang sungguh baek hati dan amat memahami di BNM till now.

Agak2 lama mana la aku leh bertahan kat BNM nih ek? Huhuhuhu...Adakah cecita aku ingin menjadi seorang lecturer akan termakbul?? Juz wait and see jek la ek!

4 Movies That I like:-

1) Pirates of the Caribbean [sebab Johnny Depp berlakon..suka banget kat dia!]
2) Charlie and the Chocolate Factory [sebab Johnny Depp berlakon gak! Ahaksss]
3) Kal Ho Naa Ho [giler sedey citer Hindustan nih, tiap kali nenok sure nanges!]
4) Titanic [U jump, u go first la, I cari orang lain...hahahaha]

4 Places I've Lived:-

1) Kamunting, my lovely hometown
2) PD, zaman study dedolu
3) Bangsar, zaman keje gomen, dapat hosmet yg happening giler!
4) Taman Melawati, umah kakak yang kebabooom...hehehehe

4 Favourites TV Series:-

1) Citer2 Korea kat 8tv, tak kira la citer pa pe pon, janji Korea! Hero sumer encem2!
2) America's Next Top Model [nompang nenok kat TV Mya sebab dia pasang Astro!]
3) Queer Eye for the Straight Guy [ske tengok mamat2 Gay nih berleter..hahaha]
4) Extreme Makeover [giler berubah muka2 yang huduh jadi cantek, menarik dan da bomb!]

4 Places I've Been on Vacation:-

1) Genting Highlands [tawun lepas pecah rekod panjat Genting lebih dari 5 kali]
2) Cameron Highlands [percutian dengan kengkawan U*M, besh!!!]
3) Pulau Langkawi [ekceli gi course Gomen anto, tapi time tu aku dah anto surat resign, so, gi course cam gi jenjalan jek la]
4) PCB Kelantan [gi course gak, tapi lebih ke arah jalan2 makan angin jek]

The 4 Blogs I visit Daily:-

1) Blog aku dulu daaa....nih benda wajib yg aku buat sesampainya di opis!
2) Blog Mya [aku masuk pagi, tengahari, petang...hahahaha]
3) Blog Syamyusof aka Orang [masuk dengar lagu Radja, aci dak gitu? hahahaha]
4) Blog Nida [dia jarang update, aku nak masuk pon jadi malu2 kucing gitu...muahaha]

Blog yang lelain aku akan jengah kalau aku tak bz dan tade menda nak buat bila busan! Muehehehe...

4 of My Favourites Foods:-

1) Ayam [tak kira masak apa pon, sumer aku bedal!]
2) Tauhu masak cabai [mak mesti masak mendalah nih tiap kali aku blik kampung!]
3) Sup kat kedai ujung [dah lama tak makan sup kat kedai tu, huwaaaaaaaaaa!!!]
4) Nasi lemak Mali [meleleh air liur teringat sambal dan ayam guring Mali...yummy!]

4 Places I'd Rather Be:-

1) New York [Erkkkkkkkkkk!! Tutup kes! Tutup kes!]
2) Bali [Tertarik dengar citer2 orang yang dah pernah sampai ke sana!]
3) Mekah [Nak bawak mak abah gi sana! Insya Allah!]
4) Memana pulau yang ada kat dunia nih, teringin nak gi..nak tenangkan fikiran!

4 Albums I can't live w/o:-

1) Kaset Hijjaz first album dolu [First time beli kaset original tu beb! Hahaha]
2) Now That's What I Called Music 3 [Sumer lagu dlm cd nih aku hafal..hahaha]
3) Patrizio Buanne [pinjam cd kawan dan burn kan lagu2 mamat encem nih..ahaksss]
4) Lagu lelain kebanyakannya aku download dan burn kat cd

4 Vehicles I own:-

1) Kelisa 1.0 EX SE [skang mukan milik aku lagi dah...huwaaaaaaaaaa]
2) Beskal BMX adiah dari abah sebab lulus PMR [pon dah kena jual...isk!]
3) Tade [lom ada rejeki]
4) Tade

4 of you, please carry on these virus ok! You've been TAG!!!

1) Pn. Sempoii
2) Tuan Alang
3) Yaabnuar
4) Abg Apai

Nota kaki berbulu: Tuhan uji aku lagi!! Sabar dan tabahlah wahai hati!


Monday, February 20, 2006




B my dear!


Angah a.k.a Eera nih cukup susah ati bila tengok aku masih memegang title 'solo'. Setiap kali dia call aku [dia memang rajin call aku, tapi aku tak pernah call dia, ampeh jek aku nih kan? Isk!!] dia mesti tanya, sampai bila aku nak ceni [solo] sedangkan anak dia dah beso, dah nak skola dah pon, kengkawan yang lelain pon dah kawen, dah beranak pinak. Jawapan standard aku - "tade sapa nak masuk minang aku, ceni jek la!" Muehehehe..

Dipendekkan citer, perkenalan antara aku dan B bermula dari hasil rekomen si Angah. Tanpa dia, rasanya mungkin aku dok melangut dalam bilik, menangis sampai bengkak2 mata mengenang nasib yang tak berkesudahan nih. Ahakssssss...Toche Angah!! Muaacccccchsss...Cayang seploh menet! Ahaksss!!!

Aku jawab soklan2 koang secara rambang jek la ek!! Aci dok? Hehehehe...

Q: Sapa B?
A: B sebaya dengan aku, keje kat area Pantai Timur, asal pon kat sana gak. Keje sebagai apa dan kampeni apa, terpaksala diresiakan untuk keselamatan dan kesejahteraan kami berdua. Chewah!!! Hahahaha!

Q: Sebila dan dimana aku jumpa B?
A: Aku jumpa B buat pertama kalinya di BBS, dia datang jemput aku kat depan pintu umah aku! [Terkenang balik detik pertama kami berjumpa...I malu you!! Auwwwwww!!!]

Q: Sebila aku berdating dengan B?
A: Kitoang tak pernah dating. Tade istilah dating dalam hidup kitoang. Hahahaha.

Q: Bila B proposed?
A: Masa kat kampung. Terkedu japs! Speechless! [B yang aku kenal nih, tak suka berlengah2. Kalau dia nak sesuatu, dia nak wat sesuatu, dia takkan hold. Direct to da point jek! Hahahahaha...]

Q: Cane jawapan dan perasaan bila B proposed?
A: Cam aku taip tadi, aku terkunjat, terkedu dan speechless. At da same time, aku terharu teramat! Waktu tu aku masih konflik diri. Tapi sekarang tidak lagi! Skang aku dah bahagia gitu!! Hahahaha. Cam gatal jek munyiknye kan?

Q: Pernah tak gado ngan B?
A: B, kita pernah gado ke ek? Rasanya tak pernah! Gado2 manja tu ada la, kan B kan? B slalu ingatkan aku, kalo ada problem, jangan simpan sesoang, kongsi ngan dia. Kalo tak puas ati pon, cakap jek. Dia tanak gado2. Dan alhamdulillah, setakat nih kami tak pernah la gado lagi. Harap2 berkekalan hendaknya.

Q: B ensem dak?
A: Hahahaha. Soklan paling glamor yang paling banyak aku terima. Cukuplah aku katakan, B comei dipandangan mata aku. Mata korang aku tataw! Hahahahaha. Kening tebal! Ahaksssssss...Orang kata, kening tebal tu, kuat cemburu! Memang B kuat cemburu pon! Hahahaha. Tu tandanya dia sayang kat aku! Cayang kat B jugerrrr!!!! Ihiksssss...

Q: Cane ati aku yang dulu beku, senang sangat terbuka untuk menerima B dalam masa yg singkat?
A: Ada banyak faktor yang menyebabkan aku terima B. Dan faktor2 tersebut biarlah menjadi rahsia hidup aku. Yang pastinya, B seorang jek yang bertakhta di hati aku skang nih!

Q: B pernah ada gopren tak seblom aku?
A: Ada! Kisah percintaan dia lebih kurang cam kisah aku dengan Mr.X jugak la.

Q: Sejak bila aku rasakan B adalah untuk aku?
A: Aku tak sedar sejak bila. Cuma yang pasti, masa kat kampung, kalau tak nampak muka B dalam masa 10 menet, aku jadi rindu kat dia. Bila mengadap muka dia, hati aku jadi berdebar2 gitu. Chewah!!!

Rasanya, aku dah jawab sumer soklan2 koang [kot!]...Cukuplah takat tu ajer yang aku leh citerkan kat koang pasal B kecayangan aku nih. Doakan kami bahagia ye!

Nota kaki berbulu: Rindu pada yang sudi....





Family Day


Hari Sabtu yang lepas [18/2/2006], department aku telah mengadakan SIU's Family Day D' FRIM, Kepong. Ingat tak dolu aku cakap kitoang nak wat kat Langkawi, tapi terpaksa dikenselkan atas sebab2 tertentu.

AJK Family Day kali nih terdiri daripada En. Mazlan, Nizam, Roaidi, Kak Arni, Sunita dan aku. Penat sey!!! Aku jadi emcee [last menet baru diarahkan jadi emcee tuuuuuuuu]. Nasib baik aku ada pengalaman, kalo idak, mau pening pala gak dibuatnya! Huhuhuhu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun panas terik mentari, tak menghalang staf SIU masuk macam2 acara permainan yang AJK sediakan. Sib baik juga la aku tak diserang migraine, kalo idak, jenuh lar! Dan nasib baik jugak la sumer staf sporting giler. Dewang sanggup berbedak free [tepung gandum tertempel dimuka] dan sanggup berbasahan di bawah terik mentari [kena baling dengan bom belon]. Hahahaha. Aku suka! Aku suka! Suka la sebab tak basah dan dapat bedak free!! Cuba aku yang masuk game tu, huhuhuhu...

Pa pe hal pon, tahniah kepada sumer AJK [tahniah untuk diri sendiri sebenarnya] kerana segala yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya!

Toche kat Nizam & Roaidi yang telah menjemput aku pepagi buta kat umah dan anto aku balik ke umah kakak aku lepas abeh acara. Koang memang besh!!!

Nota kaki berbulu: Entah bila la masanya nak citer pasal B kat koang kan? Hehehehe...sabo ye!!


Friday, February 17, 2006




Anda akan terasa gemuk bila...


1) Anda terasa katil anda sempit, kecit dan rimas dengan kehadiran anak patung yg selama nih setia menemani anda tidur. Terpaksa campak anak patung ke hujung kaki supaya anda dapat 'berkuak-lentang' dengan selesanya.

2) Baju kebaya sendat sampai tak boleh nak bernafas. Butang katup plak slalu terbuka. Kain jadi sendat dan sukarkan anda untuk berjalan.

3) Terpaksa tukar saiz baju kemeja dari saiz S ke saiz M dan baju masih lagi sendat! Aiyarkkkkkkk!!!

4) Terpaksa bungkus semua seluar jeans dan slack ke dalam sebuah kotak dengan harapan dapat memakainya semula satu hari nanti. Terpaksa melabur duit untuk membeli seluar baru ataupun memakai semula seluar2 jeans yang agak besar [satu ketika dolu].

5) Bila bersukan, anda terasa cepat letih dan 'pancit' sedangkan dolu, anda boleh bertahan paling koman pon 1/2 jam. Badan terasa berat teramat untuk berlari-larian.

6) Bila setiap kali jumpa kengkawan lama, semua pakat tegur yang dagu anda berlapis dan badan anda makin berisi. Inilah saat paling sadis yang harus ditempuhi dengan lapang hati.

7) Selera makan anda semakin hari semakin bertambah. Breakfast nasi lemak, lunch nasi campur, dinner burger atau maggi atau nasi lemak atau laksa atau segala jenis macam makanan lagi la. Yang pastinya, perut anda sentiasa minta diisi.

Nota kaki berbulu: Gemuk2 aku pon [eh silap, aku tak gemuk, aku berisi jek!!] hehehehe...ada gak orang yang sayang aku!! Hahahaha. Sayang dia gak!!! Cayanggggg B!! Muaaaaaaachhhhsss!!!


Wednesday, February 15, 2006




Penat!! Huhuhuhu...


Seriyes penat!! Penat nauzubillah! Rasa nak pengsan pon ada gak nih! Bila tengok keje2 depan mata, rasa cam tak cukup nafas jek lagi! Hahahaha...

Sumer nak kena buat dalam satu masa - arrange golf, draf surat utk TH under MOF, kira bajet utk Family Day, beli dan wrapping adiah utk Family Day. Tu tak termasuk kena jawab surat2 complaint lagi. Hahahaha.

Walaupun aku penat, tapi aku tetap bahagia! Aku suka bila dilambakkan keje ceni! Tade la aku busan layan jiwang sangat nanti. Ahakssssss...

Nak update blog nih pon, minta izin Mya dolu, takut tengah sedap2 menaip entry, dia ajak blik plak, kang potong plak mood aku nak meraban kat sini. Hahahaha. Sib baik Mya rela mo balik lambat! TQ Mya! Errr....TQ lagi skali kat Mya sebab semalam dia belanja nenok wayang citer The Descent! Giler besh citer tu, dah balik umah pon aku still aser sesak napeh! Nak taw naper, gi ar nenok citer tu ek?!? Hahahaha...

Semalam B dah merayau dalam blog aku nih! Malunyer!! Muahahaha. Malu tapi bagi gak url, ntahapahapa jek aku nih kan? Ngeh..ngeh..ngeh...Sib baik la B open-minded, tak kisah ngan coretan-coretan aku. Lega dan lapang jap fikiran aku walaupon ati aku rasa tak sedap sikit. Huhuhuhu....Sowi ye B kalo B ada terasa pa pe!! Isk!!!

Pasal soklan2 koang tentang B tu, nanti aku jawab ek!!! Aku minta maaf sesangat sebab aku penat giler ari nih. Nenanti bila aku dapat duduk dengan aman dan tenteram kat kusi aku nih, aku akan jawab soklan2 koang tu yek!! Walau bagaimanapun, aku amat tertarik dengan komen dari Salina. Katanya, jgn cepat excited dan kena hati2. TQ my prenk!! [Timbul juga di ati, tak jadi la nak jawab soklan2 koang, takut nanti termakan diri sendiri. Konflik diwi japs! Nak jawab ke idak ek? Hahahahaha...]

Nota kaki berbulu: Makin suka dengar lagu Jujur - Radja. Dalam proses menghafal lirik! Muahahahaha....


 

 
     


Copyright (c) 2004-2006 Tipahvogue. All right reserved.
Original design by
zhoulsz